Universiti Malaysia Terengganu, UMT, masih belum menerima sebarang sampel bagi mengenalpasti spesis obor-obor yang dilaporkan menyerang dan menyengat dua individu dalam kejadian di Pantai Bukit Keluang, Besut Khamis lalu.<br /><br />Menurut Pensyarah Kanan Bidang Teknologi Alatan Perikanan dan Ekologi Perikanan UMT, Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada ia adalah spesis irukandji atau spesis lain.
